SALES DEVELOPMENT EXECUTIVE
BIST Academy adalah sebuah syarikat yang menjalankan perkhidmatan Latihan Keselamatan dan Kesihatan. Misi kami adalah untuk memastikan orang ramai mempunyai pengetahuan tentang bantuan kecemasan agar lebih ramai nyawa boleh terselamat.
Kini BIST Academy membuka peluang kepada individu yang berkelayakan untuk memohon jawatan Sales and Marketing Executive. Info lanjut tentang jawatan ini boleh didapati di bawah:
Skop Kerja
– Mencapai atau melebihi sasaran jualan.
– Mempromosikan dan menjual perkhidmatan profesional latihan Keselamatan dan Kesihatan, serta kelengkapan Pertolongan Cemas kepada syarikat korporat.
– Membantu dalam menghasilkan pricing schedule untuk sebut harga, promosi dan rundingan.
– Menyediakan laporan harian.
– Membuat pembentangan jualan kepada klien.
– Melawat klien untuk menentukan keperluan mereka atau untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan.
– Menyimpan rekod klien.
– Memastikan rekod pembayaran yang baik dari klien.
– Menyertai pameran atau persidangan bagi pihak syarikat BISTA.
Syarat-syarat Kelayakan
– Calon harus mempunyai kelulusan Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Diploma Lepasan Ijazah/Ijazah Profesional dalam mana-mana bidang.
– Fasih dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
– Wajib mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman bekerja dalam bidang jualan atau bidang yang berkaitan untuk kedudukan ini. Sebaiknya mereka yang memegang jawatan Eksekutif Junior khusus kepada Penjualan Korporat atau mereka yang berpengalaman dalam penjualan kelengkapan kecemasan/kesihatan.
– Mempunyai kemahiran pembentangan dan interpersonal yang tinggi.
– Mempunyai kemahiran dalam membangunkan hubungan baik dengan klien.
– Celik IT dan mahir menggunakan MS Office
– Mampu menyiapkan tugasan mengikut tarikh yang ditentukan dan kebolehan untuk bekerja secara bebas.
– Mempunyai kenderaan(kereta) sendiri dengan lesen memandu yang sah.
Jika anda berminat untuk memohon jawatan ini, sila kepilkan CV anda dan emailkan kepada kami.
Email : admin@bista.com.my
Recommended Posts
INTERNSHIP PROGRAM
February 17, 2023
Great sessions!
March 26, 2019
Both BISTA’s trainers are good presenter and interpreter.
March 26, 2019
Good course for beginners. Good insights!
January 4, 2019
Excellent ideas and advice…
January 4, 2019
Terbaik dan terima kasih!
January 3, 2019
JUNIOR SALES REPRESENTATIVE
May 7, 2024